Tuesday 1 May 2018

SEMINAR & FORUM GAYA KEIBUBAPAAN 2018

 TENTATIF PROGRAM ~
TARIKH: 6HB MEI 2018 (AHAD)
TEMPAT: Dewan Seminar
Management and Science University (MSU)
96-98, Jalan Meru Bestari B2,
Medan Meru Bestari
30020 Ipoh
Perak

MASA/JUMLAH MASA/AKTIVITI
8.00 – 8.50 pagi (50 minit) Pendaftaran
8.50 – 9.00 pagi (10 minit)
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Perak
Lagu PERMATA
Bacaan Doa
9.00 – 9.30 pagi (½ jam) Ucapan Dasar dan Pengenalan
9.30 – 10.30 pagi (1 jam) Corak gaya keibubapaan masa kini
Kesilapan ibu bapa; Menetapkan harapan yang tinggi dan tidak munasabah kepada anak-anak.
10.30 – 11.30 pagi (1 jam)

FORUM:-
1.Panel Jabatan Kesihatan – Pemakanan sihat untuk bayi dan kanak-kanak kecil
2.Panel JKM – Sejauh mana kesedaran ibu bapa tentang perkhidmatan TASKA yang berkualiti.
3.Panel MSU – Bahaya dan kesan negatif pendedahan internet dan gadget yang berlebihan kepada kanak-kanak.
11.30 – 12.00 pagi (½ jam) Soal Jawab
12.00 – 1.00 tengahari (1 jam) Jenayah Seksual Kanak-Kanak ; Hentikan!!!
1.00 – 2.30 petang (1 ½ jam) Makan tengahari, rehat dan solat Zohor
2.30 – 4.30 petang (1 ½   jam) Main, Main dan Main (The Miracle of Play)
4.45 petang: Bersurai
JUMLAH JAM 8 jam
 SEMINAR GAYA KEIBUBAPAAN EFEKTIF
‘THE MIRACLE OF PLAY’
Seminar dibiayai Kerajaan Negeri Perak melalui Institut Darul Ridzuan
Anjuran: Persatuan Taska Perak dengan kerjasama Management & Science University (MSU)
TARIKH: 6HB MEI 2018 (AHAD)
TEMPAT:
Dewan Seminar
Management and Science University (MSU)
96-98, Jalan Meru Bestari B2
Medan Meru Bestari
30020 Ipoh
Perak
* Seminar ini akan memberi maklumat dan kefahaman kepada ibu bapa tentang perlunya ibu bapa memahami bahawa anak-anak mestilah dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan pemakanan, persekitaran yang selamat dan kondusif dengan memberikan kehidupan, perhatian, perlindungan, pengasuhan dan pendidikan yang terbaik bermula dari dalam kandungan lagi, terutamanya sepanjang usia awal kanak-kanak.
* Ibu bapa yang terlalu menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak,  bukan saja boleh memusnahkan masa depan anak-anak mereka pada masa hadapan malah boleh memusnahkan impian dan harapan mereka sendiri yang mengimpikan mahu melihat kecemerlangan dan kejayaan anak-anak mereka.
* Seminar ini juga bagi menimbulkan kesedaran bahawa walaupun tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak yang hidup di dalam era IT dan teknologi perlu seiring dengan cara hidup dan gaya hidup masakini,  sebagai ibubapa mereka perlu peka kepada bahaya pendedahan yang keterlaluan terhadap internet dan gadget dan sangat penting memantau aktiviti dan perkembangan anak-anak bimbang sekiranya mereka tidak berkembang secara holistik atau mereka menggunakan kecanggihan teknologi untuk perkara yang salah
* Kami juga turut berasa bertanggungjawab untuk sama-sama dengan pihak kerajaan untuk membendung jenayah seksual kanak-kanak dengan meningkatkan kesedaran ibu bapa dan pendidik untuk melindungi kanak-kanak dari sebarang ancaman penjenayah seksual kanak-kanak.
* Ibu bapa dan pendidik akan di beri kefahaman yang mendalam tentang kepentingan, faedah dan nilai bermain kepada kanak-kanak dan kepentingan menyediakan zaman kanak-kanak yang mengikut fitrah kanak-kanak. Perlanggaran hak kanak-kanak adalah salah di sisi undang-undang dan kemanusian.
Kami menjemput:-
 5 pasangan ibu bapa dari setiap TASKA + 2 pendidik dari setiap TASKA (TERHAD KEPADA 100 orang ibu bapa)
 Ibu bapa boleh membawa anak-anak seawal 2 tahun dari usia TASKA DAN TADIKA untuk aktiviti bersama pelajar pendidikan awal kanak-kanak MSU semasa seminar ‘Gaya Keibubapaan efektif’ berlangsung.
 2 pendidik yang mewakili TASKA perlu menjadi sukarelawan semasa Seminar keibubapaan berlangsung di sebelah pagi dan akan di beri peluang menghadiri bengkel The Miracle of play di sebelah petang secara percuma.
 Bayaran ibu bapa : RM10-00 (Untuk aktiviti dan penjagaan setiap seorang anak semasa menghadiri seminar)
 Bayaran untuk pendidik: PERCUMA