Saturday, 10 March 2018

Jom dengar ceramah PERKESO dan HRDF

JOM HADIR KE Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Taska Perak (PTP) Kali Ke 13 pada hari dan waktu mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 11/03//2018
Masa   : 8.30 pagi  hingga 2.00     petang
Tempat: Pejabat  Persatuan TASKA  Perak

UNTUK MENAMBAH MAKLUMAT BERGUNA KEPADA AHLI KAMI TELAH MENJEMPUT 3 AGENSI DENGAN TOPIK SEPERTI BERIKUT:-

SLOT PERKESO – SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP)
# Jan 30, 2018 - KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berkuatkuasa pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan .
Jan 31, 2018 - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengingatkan majikan supaya membuat bayaran caruman buat pertama kali untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang mula berkuat kuasa bulan ini.

SLOT HRDF - PENDAFTARAN MAJIKAN YANG DIWAJIBKAN
# Seksyen 13(1) Akta tersebut menetapkan bahawa tiap-tiap majikan baginya Akta ini terpakai hendaklah mendaftar dengan Perbadanan (PSMB/HRDF) dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Majikan yang gagal berbuat demikian adalah dianggap sebagai telah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 13 (2)).

SLOT ROS –  TATACARA BERPERSATUAN DAN FAEDAH BERPERSATUAN KEPADA AHLI

JUMPA DI PTP!!!

Friday, 27 October 2017

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Sukacitanya dimaklumkan pihak persatuan taska perak menganjurkan rombongan lawatan sambil belajar ke taska2 terpilih di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lawatan ini merupakan inisiatif ptp bgi memberikan pendedahan para peserta,guru,pendidik awal serta para pengusaha mengenai pengurusan taska berkualiti dan juga pengursan pengoperasian taska yang betul.

Taska yang terpilih merupakan kerjasama antara Kementerian wanita,keluarga dan masyarakat .

Yuran penyertaan adalah 
Rm100 bukan ahli
Rm90 bukan ahli dan berkumpuln lebih dri 3 orang
Rm85 ahli ptp
Rm75 ahli korporat ptp

Yuran adalah  tidak termasuk makan dan minum peserta.
Sila bank in wang tersebut kepada persatuan taska perak 
558033004834 MAYBANK
selewat-lewatnya 1hb nov 2017.

Dan butirkan slip pembayaran bersama- sama maklumat seperti berikut

Nama:
Taska:
Tarikh pembyrn:
Jumlah penyertaan:

Kepada PUAN SOLEHAH 0134207078

Sunday, 8 October 2017

PERTANDINGAN MEWARNA 8/10/2017

Semalam berlangsung acara pertandingan mewarna anjuran klinik pergigian kinta dengan kerjasama persatuan taska perak sempena dengan kinta miles with smile.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.banyak agensi yng sponsor kan hadiah seperti.mknn anak2 dr mcdonal dan berus ubat gigi dri klinik
Meriah betul dengn xtbt mewarna.syabas dan tahniah kepada yang berjaya dpt no 1,2,3 .yang x menag pun dpt hadiah juga.mkan pun ada
.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA BARISAN AJK dri mula marketing program  buat worksheet mewarna,smpi event hari tersebut.
Tq dan tahun depan kita anjurkan lagi.

Monday, 28 August 2017

BENGKEL TASKA GO ONLINE


Seramai hampir 23 Orang peserta dari pelbagai taska daerah di PERAK menyertai bengkel TASKA GO ONLINE anjuran PERSATUAN TASKA PERAK.

OBJEKTIF BENGKEL
1 TASKA 1 WEBSITE


Tahniah kepada semua peserta kerana berkorban masa dan tenaga untuk datang ke bengkel kita .
Semoga semua mendapat manfaatnya.

TERIMA KASIH
JUMPA LAGI DI LAIN BENGKEL

Wednesday, 23 August 2017

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE DUNIA PENDIDIKAN AWAL KANAK2

MAKSUD TASKA;
Pengenalan
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]
Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
“taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.
Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Berikut adalah pautan ke Senarai TASKA Berdaftar di ptp ahli persatuan