Saturday, 10 March 2018

Jom dengar ceramah PERKESO dan HRDF

JOM HADIR KE Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Taska Perak (PTP) Kali Ke 13 pada hari dan waktu mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 11/03//2018
Masa   : 8.30 pagi  hingga 2.00     petang
Tempat: Pejabat  Persatuan TASKA  Perak

UNTUK MENAMBAH MAKLUMAT BERGUNA KEPADA AHLI KAMI TELAH MENJEMPUT 3 AGENSI DENGAN TOPIK SEPERTI BERIKUT:-

SLOT PERKESO – SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP)
# Jan 30, 2018 - KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berkuatkuasa pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan .
Jan 31, 2018 - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengingatkan majikan supaya membuat bayaran caruman buat pertama kali untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang mula berkuat kuasa bulan ini.

SLOT HRDF - PENDAFTARAN MAJIKAN YANG DIWAJIBKAN
# Seksyen 13(1) Akta tersebut menetapkan bahawa tiap-tiap majikan baginya Akta ini terpakai hendaklah mendaftar dengan Perbadanan (PSMB/HRDF) dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Majikan yang gagal berbuat demikian adalah dianggap sebagai telah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 13 (2)).

SLOT ROS –  TATACARA BERPERSATUAN DAN FAEDAH BERPERSATUAN KEPADA AHLI

JUMPA DI PTP!!!

No comments:

Post a Comment