Sunday, 10 June 2018

KAMI X MAMPU BAYAR GAJI MINIMUM RM1500

" Kalau ikutkan saya ni mantan saja...apa nak sibuk-sibuk lagi...tapi disebabkan perjuangan belum selesai...memperjuangkan nasib sendiri dan kawan-kawan..gagahkan jua..

Bermacam usaha dan fitnah memburukkan saya kerana yang berkepentingan mahu tolak saya ke tepi dan jatuh tersungkur disebabkan mahu ke atas.."

MANTAN PRESIDEN PTP

Tapi kadang2 sedih dengan mentaliti pengusaha taska dan tadika melayu..

Yang sedih semalam saya call pengusaha...

Ada yang kata...saya memang tak mampu bayar gaji 1500 dan takkan bayar gaji 1500 kepada guru Taska atau tadika saya...saya akan cari pekerja SPM saja sebab yang ada diploma demand tinggi...jadi tak perlulah saya jwb soal selidik tu..

Saya cakap apa guna graduan PAKK yang berlambak di pasaran kalau mereka tidak diberi peluang pekerjaan..

Dan mereka ini memang layak di bayar gaji 1500 or more setanding dengan kelayakan dan kemahiran..

Ini yang kita cuba buat...

Saya kasihan dengan pendidik melayu.. ada pengusaha masih tidak faham hak mereka...

Kita perjuangkan isu gaji minima untuk membantu pendidik tetapi pada masa yang sama bantu kita semua untuk jadi mampu...😔

Byk bezanya lpasan SPM dgn lepasan Diploma/degree kan? Tapi kita tak mampu nak bayar gaji mereka kan?? Tapi kita mahukan pendidik yang berkualiti kerana merekalah penentu masa depan  generasi kita..

Jadi marah lah sama2 isikan borang soal selidik ni ttg ketidak mampuan anda nk gaji kn pengasuh rm1500...

Soal selidik
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeM-vRZCLPY37u05Bn6HpJf5w6jPGcXQdGvNdWYjlgCy-2DUw/viewform?c=0&w=1&usp=mail_form_link

No comments:

Post a Comment