Wednesday 3 April 2019

PERSATUAN TASKA PERAK (PTP)

PERSATUAN TASKA PERAK (PTP)
Matlamat :

1. Mengenali dan meningkatkan taraf profesional Persatuan Taska.

2. Memajukan pendidikan dan latihan kepada pengusaha dan pengasuh dengan memberi kesan berorganisasi dan kemampuan bertadbir.

3. Menubuhkan satu pusat bantuan pengasuh dan meningkatkan kualiti pengasuhan di semua taska sama ada di dalam atau luar bandar mengikut peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, dan juga membekalkan tempat untuk bermesyurarat bagi ke semua ahli-ahli pertubuhan agar ahli-ahli pertubuhan dapat menukar fikiran antara satu sama lain mengenai tugas dan matlamat pertubuhan.

4. Bekerjasama antara satu sama lain atau dengan agensi untuk membuat penyelidikan berkenaan dengan kemajuan kanak-kanak terutamanya berkenaan dengan mendidik kanak-kanak yang berbilang bangsa.

5.  Menerbit dan menyebar jurnal/surat berita dan lain-lain bahan berkaitan dengan informasi, pendapat, cadangan dan penyelidikan dalam bidang pengasuhan dan kemajuan kanak-kanak.

6. Menasihat ibubapa dan orang awam yang datang untuk bantuan dan informasi perkhidmat Taska di Negeri Perak

7. Mengukuhkan perhubungan erat dengan perkhidmatan yag diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan membuat perwakilan kepada kerajaan mengenai perkara berkenaan dengan pendaftaran, perlesenen dan operasi perkhidmatan 'child-minding'.

8. Membuat perwakilan kepada kerajaan dengan memberi bukti dan cadangan untuk membantu pembentukan pendapat rakyat berkenaan dengan pertubuhan pengasuhan dan perkembangan awal kanak-kanak.

9. Berkhidmat sebagai badan penyelaras antara pertubuhan dan agensi penguatkuasa, peribadi dan sukarelawan yang bertanggungjawab untuk mengasuh dan badan berkuasa yang bertanggungjawab dengan perkhidmatan yang dibekalkan.

10. Menggalakan dan membantu dalam penubuhan dan operasi organisasi pertubuhan pengasuhan di dalam dan di luar bandar.

11, Mendapat, menguitp dan menerima wang dan tabungan yang diperolehi melalui sumbangan, dermaan, yuran, waris, anugerah, kontrak dan lain-lain cara yang diperuntukan di bawah undang-undang dan menerima apa-apa hadiah dalam apa-apa bentuk (sama ada tertakluk kepada amanah atau tidak) untuk tujuan yang disebut di atas, dengan syarat bahawa pertubuhan tidak perlu memberi akujanji untuk menjalankan apa-apa aktiviti perdagangan untuk mengumpul derma bagi tujuan utamanya kecuali bahawa dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan dan badan-badan berkaitan.

12. Menggunakan sejumlah wang yang tertentu daripada pendapatan pertubuhan untuk perbelanjaan promosi pertubuhan dan peningkatan tujuan / matlamat penubuhan.

13. Untuk menggabungkan dengan badan-badan tempatan yang lain dan antarabangsa yang mempunyai tujuan / matlamat, perkara atau perkhidmatan berkenaan dengan pengasuhan dan awal pendidikan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment